11 February 2010

Discovery Qatar

Bismillahirohmanirohim...
Alhamdulillah. Hari jumaat, kat sini dan negara timur tengah lain adalah hari CUTI. Cuti mingguan. So pergilah ronda2 dan berpeluang berkongsi sedikit pengalaman ketika melalui satu kawasan nelayan di Al-Khor Qatar. Satu pemandangan yang berbeza dari tempat asal ku...Beserah Kuantan.

Terpegun melihat deretan bot2 nelayan, walaupun telah diketahui secara umum di Qatar ini majority pekerjanya adalah terdiri daripada pekerja asing. Kebanyakan dari "awak-awak" ini datang dari negara India, Nepal dan Bangladesh. Namun disinilah lubuk mencari rezeki halal di bumi Allah, di satu tanah gersang berbatu2 yang sedang pesat membangun.

Bot yang tersusun... Parking
Tersusun rapi bot2 nelayan ni... pasti waktu mereka nak turun ke laut, bersesak2lah tu...Mungkin kena guna traffic light ni...


Pukat... berlambak2 Lukah... Dah besar2, banyak pulak tu...Kalau kat kampung aku lukah ni dibuat dari belahan buluh dan bersaiz kecil sahaja. Digunakan untuk menangkap udang. Tapi yang ada di Qatar ni...besar dan materialnya pasti dari bahan tahan karat.





Pemancing kecil-kecilan...
Ada ikan ke tu!!! Hasil tangkapan...
Picture ini diambil pada hari Jumaat, nelayan tak kelaut, jadi hasilnya pun tak ada, mungkin lebihan semalam...Tapi aku suka makan sotong besar ni... buat goreng pedas... mmmm enaknya Ikan aye, perghhh terliur lah nak makan nasi dagang plak!
Kebersihan diutamakan...Berdisiplin.

Kurma dah Mula Mengeluarkan Buahnya...

Hari ini aku nak kongsi sedikit pengalaman melihat, memetik dan merasai kurma muda.

Kalau dekat kampung kita popular lagu dari Mr. Os..."doyan dan berbunge" (loghat Perak) tetapi hari ini aku berada jauh dari bumi Malaysia iaitu Doha Qatar. "Kurma dah berbuah". Semasa kurma mengeluarkan mayangnya aku tak sempat nak mengambil gambar dek kesibukan serta tiada kesempatan yang sesuai.

Kebetulan suatu hari tu aku ke pejabat Immigration Doha dan di dalam kawasan perkarangan pejabatnya ditanam pohon2 kurma yang masih rendah namun dah mula berbuah. Pokok kurma ni sangat mudah ditemui di doha ni, malah menjadi pokok utama untuk landscapenya dimana2 sahaja.

Pokok kurma atau pokok Tamar (dalam bahasa Arab) merupakan sejenis pokok palma ditaman untuk mendapatkan buahnya. Pokok kurma ini mempunyai daun yang tirus dan panjang seakan2 daun kelapa sawit namun ianya lebih keras. Tandannya bewarna kekuningan keras dan liat.

Tandan2 kurma yang telah mengeluarkan buah...berjuntai2


Setandan kurma...
Sempat memetik 2 biji. Sukar juga nak dileraikan dari tangkainya ni...

Setangkai Buah Kurma

Buah kurma adalah sebiji pepauh atau digelar sebagai sebiji kurma. Ia berbentuk bujur-silinder, panjang 3–7 sm, dan garis pusat 2–3 sm, dan apabila matang, berjulat dari hijau kepada kuning namun ia terpulang pada kelainan jenis kurma tersebut. Kurma mengandungi suatu biji benih tunggal panjang sekitar 2–2.5 sm dan tebal 6–8 mm. Kurma sangat kaya dengan kandungan glukosa, fruktosa dan sukrosanya.

Setangkai kurma yang masih muda. Hijau ranum...


Buah kurma muda yg telah dibelah...ranum, ranggip and juicy too. Kelihatan bijinya yang berwarna putih bersih. Kurma muda rasanya tidaklah terlalu kelat mana malah semasa dikunyah, kita akan dapat merasai ada rasa kemanisan dihujungnya.

Isinya yang putih bersih and juicy. Buah kurma ini akan masak dan akan bertukar warna kepada warna kekuningan gelap bergantung kepada kelainan jenisnya. Rasanya...uhhh!!! enak. Hampir dengan bulan Ramadhan nanti buah2 ini akan masak dan menjadi hidangan berbuka puasa. Aku sangar gemar kurma fresh di campur dengan susu segar buat minuman berbuka puasa. Sedap....


Buah kelubi...

Dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Pahang saya menggunakan laluan pintas Palong felda N9 dan akan melalui bandar Muadzam Shah. Di tepi2 jalan akan kelihatan pondok2 kecil milik "orang kita" menjual pelbagai hasil hutan termasuklah buah kelubi ini.

Mulanya saya sangka buah salak atau buah setar, tapi bila berhenti di satu gerai ini and bertanya pada si penjual dia katakan buah kelubi...Rupa kulitnya seperti buah salak cuma dia sedikit kecil. rasanya masam dan kelat....mmm cair air mulut tau....

Dah alang2 berhenti saya pun beli ajerlah. Dah memang rezeki "orang kita" menjual buah kelubinya kepada saya. Harganya cuma RM3.00.

Saya cuba mencari di internet akan kelebihan buah ini selain dari di buat jeruk. Apa yang saya temui sangat menarik. Menurut penulis di "gembang sempoi" buah kelubi muda bagus untuk rawatan sakit jantung. Menurut si penulis ambil buah kelubi yang mentah dihiris2 nipis kemudian ditelan dgn air...

Kesannya Wallahuallam...


Kulit luar yang cantik...


Kulit luar nipis tapi agak keras...

Kulitnya nipis sahaja tetapi agak keras dengan isi buah yang sangat lembut serta ulas biji yg besar di dalamnya.
Add Video

Isi Buah Kelubi yang telah siap dikupas


07 February 2010

Telur ikan goreng

Suami ke pasar and bawa balik telur ikan. Mmmm itulah diantara menu kegemaran suami ku... Telur ikan goreng. Menu yang sangat simple and not bad rasanya.

Bahan2 yang diperlukan
  • Telur ikan (dibersihkan dan dipotong dalam size 1/2")
  • sos ikan atau garam
  • kunyit
  • daun kari
  • minyak masak untuk mengoreng.
Langkah seterusnya...
  1. Mula2 bersihkan telur ikan tadi dan potonglah ia kecil2 dalam size 1/2". Kemudian perapkan telur tadi bersama sos ikan/garam dan kunyit untuk seketika.
  2. Setelah agak2 perapan tadi telah cukup mesra, panaskan kuali bersama 2 sudu minyak masak dan terlebih dahulu gorengkan daun kari hingga naik bau dan agak garing.
  3. Ketepikan daun kari tadi dan dlm baki minyak tadi, kemudian masukkan telur ikan dan gorenglah sehingga agak2 garing (saya tidak suka jika digoreng terlalu garing, sedang2 ajer).
  4. Setelah garing, masukkan daun kari tadi dan balik2kan seketika dan siap untuk dihidangkan...
Mudahkan...
Selamat mecuba...

Daun kari...


05 February 2010

Perapan Telur ikan bersama sos ikan/garam dan kunyit

Perapan bersama sos ikan/garam...Biarkan seketika agar bahan2 perapan tadi mesra sebelum di goreng.

Telur ikan yang telah siap

Inilah telur ikan goreng yang telah siap, sedia untuk dihidangkan...


Kerabu Mangga

Kebetulan jiran depan rumah bagi mangga 2 biji...tapi belum cukup masak...nak tunggu masak, lambat sangat malah tak cukup setakat 2 biji nak makan ramai2.

Buatlah kerabu mangga dapat makan ramai2. Itulah menu untuk lunch kami.

Bahan2 mentah...

1 biji Mangga muda (diracik halus2)
1 biji bawang besar (diracik halus2)
1 biji lada besar (dipotong nipis2)
5 biji cili api (dipotong halus..kalau nak pedas tambah cili lebih)
Sedikit Buah gajus (ditumbuk kasar)
1 biji limau nipis (ambil jus nya)
sedikit gula (secukup rasa)
sedikit sos ikan (sekucup rasa)

Setelah mangga muda, bawang, lada besar, lada kecil di racit, masukkan dalam 1 bekas dan gaulkan rata2 kemudian masukkan buah gajus yg ditumbuk kasar,serta perahkan air limau dan gaul lagi kemudian masukkan sedikit gula dan sos ikan. Gaul lagi and dah siap untuk diidangkan...

Selamat mencuba...

19 January 2010

Bahan2 Mentah













Inilah dia bahan2 mentahnya....

Buah Gajus or biji jambu golok













Ini buah gajus, kalau di kampung saya kami panggil biji buah jambu golok. Saya suka masukan gajus berbanding kacang tanah...rasanya lebih lemak...Hancurkan sedikit dan masukkan bersama bahan2 lain dan gaulkan...sedap

Inilah dia kerabu mangga yang siap untuk dihidangkan...














Inilah hasilnya...dihidangkan bersama nasi panas...

Masak Ikan kembong Goreng Bersos

Mmmmmm... apa nak masak untuk lunch hari ni... adoiii... kering idealah pulak. Buka refrigerator tengok ada 3 ekor ikan kembong yang dah siap di garam kuncit kan...

tup! idea datang.... hentam ajerlah menunya...maka terlahirlah ikan kembong goreng bersos....

jom kita try...

Bahan2 Untuk Masakan...



Bahan2 A untuk memasak

Bawang besar - di potong bulat
Halia - di racik halus
Cili padi - ketuk2 kan ajer
1 biji tomato - dipotong dadu
4 sudu besar sos cili
2 sude besar sos tiram
minyak untuk menumis
sedikt air

Bahan B Untuk perapan ikan kembong
sos ikan atau garam (saya suka guna sos ikan instead guna garam)
sedikit kunyit serbuk
2 sudu besar cili kisar


Ikan kembong dicuci dan di perapkan dgn bahan2 perapan

Terlebih dahulu goreng ikan kembong sedikit garing dan ketepikan.

Kemudian panaskan minyak untuk menumis, masukkan cili padi, halia dan biarkan seketika hingga kekuningan.
Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram hingga merenih kemudian masukkan sedikit sos ikan dan air (untuk buat kuah).
Than, masukkan bawang besar dan tomato yang dipotong dadu tadi. Gaul seketika dan tuangkanlah keatas ikan kembong yang telah di goreng tadi...

Siap.

Next...







Ikan kembong yamg telah siap digoreng dan diketepikan dahulu...










Sos yang telah siap...

Siap...





17 January 2010

Masak Lemak Cili Api Telor

Assalamualaikum buat semua...
Dah beberapa hari asben asyik sebut masak lemak telor cili padi, so hari ini dikesempatan yang ada ni, hamba pun masaklah seadanya resepi telor masak lemak cili api...

Pedas... tapi tak serik2 juga...

Mungkin ini menu yang paling sempoi dalam kategori masak lemak kot! and tentulah ramai diluar sana yang dah expert habis dalam menu ini. Namun, hamba pendatang baru dalam dunia masakan ini, nak sharelah kononnya dengan pembaca. Manalah tahu mungkin boleh hamba memperbaiki resepi atau cara hamba memasak...

oklah....teruslah menjelajah blog ku ni ya....

diambil dari sumbangan SMS Celcom

Kasih sayang diantara suami isteri itu akan menjemput rahmat Allah dan menghapuskan perasaan kianat terhadap keduanya