11 February 2010

Buah kelubi...

Dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Pahang saya menggunakan laluan pintas Palong felda N9 dan akan melalui bandar Muadzam Shah. Di tepi2 jalan akan kelihatan pondok2 kecil milik "orang kita" menjual pelbagai hasil hutan termasuklah buah kelubi ini.

Mulanya saya sangka buah salak atau buah setar, tapi bila berhenti di satu gerai ini and bertanya pada si penjual dia katakan buah kelubi...Rupa kulitnya seperti buah salak cuma dia sedikit kecil. rasanya masam dan kelat....mmm cair air mulut tau....

Dah alang2 berhenti saya pun beli ajerlah. Dah memang rezeki "orang kita" menjual buah kelubinya kepada saya. Harganya cuma RM3.00.

Saya cuba mencari di internet akan kelebihan buah ini selain dari di buat jeruk. Apa yang saya temui sangat menarik. Menurut penulis di "gembang sempoi" buah kelubi muda bagus untuk rawatan sakit jantung. Menurut si penulis ambil buah kelubi yang mentah dihiris2 nipis kemudian ditelan dgn air...

Kesannya Wallahuallam...


No comments:

Post a Comment

diambil dari sumbangan SMS Celcom

Kasih sayang diantara suami isteri itu akan menjemput rahmat Allah dan menghapuskan perasaan kianat terhadap keduanya