Assalamualaikum,
Sedikit perkongsian yang kebetulan saya berada di Souq Wakif Doha semalam 12hb April 2014. Menarik melihat akan nyanyian dan tarian tradisi mereka. Sempoi aje gerak tarinya tetapi menarik dan dianggotai oleh kaum lelaki sahaja.
Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu kerana merasakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2. Bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang lebih lunak, mudah untuk dekat dan akrab dengan-NYA. Oleh Dr. Juanda Jaya