Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu kerana merasakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2. Bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang lebih lunak, mudah untuk dekat dan akrab dengan-NYA. Oleh Dr. Juanda Jaya
05 February 2010
Kerabu Mangga
Kebetulan jiran depan rumah bagi mangga 2 biji...tapi belum cukup masak...nak tunggu masak, lambat sangat malah tak cukup setakat 2 biji nak makan ramai2.
Buatlah kerabu mangga dapat makan ramai2. Itulah menu untuk lunch kami.
Bahan2 mentah...
1 biji Mangga muda (diracik halus2)
1 biji bawang besar (diracik halus2)
1 biji lada besar (dipotong nipis2)
5 biji cili api (dipotong halus..kalau nak pedas tambah cili lebih)
Sedikit Buah gajus (ditumbuk kasar)
1 biji limau nipis (ambil jus nya)
sedikit gula (secukup rasa)
sedikit sos ikan (sekucup rasa)
Setelah mangga muda, bawang, lada besar, lada kecil di racit, masukkan dalam 1 bekas dan gaulkan rata2 kemudian masukkan buah gajus yg ditumbuk kasar,serta perahkan air limau dan gaul lagi kemudian masukkan sedikit gula dan sos ikan. Gaul lagi and dah siap untuk diidangkan...
Selamat mencuba...
Subscribe to:
Posts (Atom)
diambil dari sumbangan SMS Celcom
Kasih sayang diantara suami isteri itu akan menjemput rahmat Allah dan menghapuskan perasaan kianat terhadap keduanya