11 February 2010

Discovery Qatar

Bismillahirohmanirohim...
Alhamdulillah. Hari jumaat, kat sini dan negara timur tengah lain adalah hari CUTI. Cuti mingguan. So pergilah ronda2 dan berpeluang berkongsi sedikit pengalaman ketika melalui satu kawasan nelayan di Al-Khor Qatar. Satu pemandangan yang berbeza dari tempat asal ku...Beserah Kuantan.

Terpegun melihat deretan bot2 nelayan, walaupun telah diketahui secara umum di Qatar ini majority pekerjanya adalah terdiri daripada pekerja asing. Kebanyakan dari "awak-awak" ini datang dari negara India, Nepal dan Bangladesh. Namun disinilah lubuk mencari rezeki halal di bumi Allah, di satu tanah gersang berbatu2 yang sedang pesat membangun.

Bot yang tersusun... Parking
Tersusun rapi bot2 nelayan ni... pasti waktu mereka nak turun ke laut, bersesak2lah tu...Mungkin kena guna traffic light ni...


Pukat... berlambak2 Lukah... Dah besar2, banyak pulak tu...Kalau kat kampung aku lukah ni dibuat dari belahan buluh dan bersaiz kecil sahaja. Digunakan untuk menangkap udang. Tapi yang ada di Qatar ni...besar dan materialnya pasti dari bahan tahan karat.





Pemancing kecil-kecilan...
Ada ikan ke tu!!! Hasil tangkapan...
Picture ini diambil pada hari Jumaat, nelayan tak kelaut, jadi hasilnya pun tak ada, mungkin lebihan semalam...Tapi aku suka makan sotong besar ni... buat goreng pedas... mmmm enaknya Ikan aye, perghhh terliur lah nak makan nasi dagang plak!
Kebersihan diutamakan...Berdisiplin.

Kurma dah Mula Mengeluarkan Buahnya...

Hari ini aku nak kongsi sedikit pengalaman melihat, memetik dan merasai kurma muda.

Kalau dekat kampung kita popular lagu dari Mr. Os..."doyan dan berbunge" (loghat Perak) tetapi hari ini aku berada jauh dari bumi Malaysia iaitu Doha Qatar. "Kurma dah berbuah". Semasa kurma mengeluarkan mayangnya aku tak sempat nak mengambil gambar dek kesibukan serta tiada kesempatan yang sesuai.

Kebetulan suatu hari tu aku ke pejabat Immigration Doha dan di dalam kawasan perkarangan pejabatnya ditanam pohon2 kurma yang masih rendah namun dah mula berbuah. Pokok kurma ni sangat mudah ditemui di doha ni, malah menjadi pokok utama untuk landscapenya dimana2 sahaja.

Pokok kurma atau pokok Tamar (dalam bahasa Arab) merupakan sejenis pokok palma ditaman untuk mendapatkan buahnya. Pokok kurma ini mempunyai daun yang tirus dan panjang seakan2 daun kelapa sawit namun ianya lebih keras. Tandannya bewarna kekuningan keras dan liat.

Tandan2 kurma yang telah mengeluarkan buah...berjuntai2


Setandan kurma...
Sempat memetik 2 biji. Sukar juga nak dileraikan dari tangkainya ni...

Setangkai Buah Kurma

Buah kurma adalah sebiji pepauh atau digelar sebagai sebiji kurma. Ia berbentuk bujur-silinder, panjang 3–7 sm, dan garis pusat 2–3 sm, dan apabila matang, berjulat dari hijau kepada kuning namun ia terpulang pada kelainan jenis kurma tersebut. Kurma mengandungi suatu biji benih tunggal panjang sekitar 2–2.5 sm dan tebal 6–8 mm. Kurma sangat kaya dengan kandungan glukosa, fruktosa dan sukrosanya.

Setangkai kurma yang masih muda. Hijau ranum...


Buah kurma muda yg telah dibelah...ranum, ranggip and juicy too. Kelihatan bijinya yang berwarna putih bersih. Kurma muda rasanya tidaklah terlalu kelat mana malah semasa dikunyah, kita akan dapat merasai ada rasa kemanisan dihujungnya.

Isinya yang putih bersih and juicy. Buah kurma ini akan masak dan akan bertukar warna kepada warna kekuningan gelap bergantung kepada kelainan jenisnya. Rasanya...uhhh!!! enak. Hampir dengan bulan Ramadhan nanti buah2 ini akan masak dan menjadi hidangan berbuka puasa. Aku sangar gemar kurma fresh di campur dengan susu segar buat minuman berbuka puasa. Sedap....


Buah kelubi...

Dalam perjalanan pulang dari Melaka ke Pahang saya menggunakan laluan pintas Palong felda N9 dan akan melalui bandar Muadzam Shah. Di tepi2 jalan akan kelihatan pondok2 kecil milik "orang kita" menjual pelbagai hasil hutan termasuklah buah kelubi ini.

Mulanya saya sangka buah salak atau buah setar, tapi bila berhenti di satu gerai ini and bertanya pada si penjual dia katakan buah kelubi...Rupa kulitnya seperti buah salak cuma dia sedikit kecil. rasanya masam dan kelat....mmm cair air mulut tau....

Dah alang2 berhenti saya pun beli ajerlah. Dah memang rezeki "orang kita" menjual buah kelubinya kepada saya. Harganya cuma RM3.00.

Saya cuba mencari di internet akan kelebihan buah ini selain dari di buat jeruk. Apa yang saya temui sangat menarik. Menurut penulis di "gembang sempoi" buah kelubi muda bagus untuk rawatan sakit jantung. Menurut si penulis ambil buah kelubi yang mentah dihiris2 nipis kemudian ditelan dgn air...

Kesannya Wallahuallam...


Kulit luar yang cantik...


Kulit luar nipis tapi agak keras...

Kulitnya nipis sahaja tetapi agak keras dengan isi buah yang sangat lembut serta ulas biji yg besar di dalamnya.
Add Video

Isi Buah Kelubi yang telah siap dikupas


07 February 2010

Telur ikan goreng

Suami ke pasar and bawa balik telur ikan. Mmmm itulah diantara menu kegemaran suami ku... Telur ikan goreng. Menu yang sangat simple and not bad rasanya.

Bahan2 yang diperlukan
  • Telur ikan (dibersihkan dan dipotong dalam size 1/2")
  • sos ikan atau garam
  • kunyit
  • daun kari
  • minyak masak untuk mengoreng.
Langkah seterusnya...
  1. Mula2 bersihkan telur ikan tadi dan potonglah ia kecil2 dalam size 1/2". Kemudian perapkan telur tadi bersama sos ikan/garam dan kunyit untuk seketika.
  2. Setelah agak2 perapan tadi telah cukup mesra, panaskan kuali bersama 2 sudu minyak masak dan terlebih dahulu gorengkan daun kari hingga naik bau dan agak garing.
  3. Ketepikan daun kari tadi dan dlm baki minyak tadi, kemudian masukkan telur ikan dan gorenglah sehingga agak2 garing (saya tidak suka jika digoreng terlalu garing, sedang2 ajer).
  4. Setelah garing, masukkan daun kari tadi dan balik2kan seketika dan siap untuk dihidangkan...
Mudahkan...
Selamat mecuba...

Daun kari...


diambil dari sumbangan SMS Celcom

Kasih sayang diantara suami isteri itu akan menjemput rahmat Allah dan menghapuskan perasaan kianat terhadap keduanya