11 February 2010

Kurma dah Mula Mengeluarkan Buahnya...

Hari ini aku nak kongsi sedikit pengalaman melihat, memetik dan merasai kurma muda.

Kalau dekat kampung kita popular lagu dari Mr. Os..."doyan dan berbunge" (loghat Perak) tetapi hari ini aku berada jauh dari bumi Malaysia iaitu Doha Qatar. "Kurma dah berbuah". Semasa kurma mengeluarkan mayangnya aku tak sempat nak mengambil gambar dek kesibukan serta tiada kesempatan yang sesuai.

Kebetulan suatu hari tu aku ke pejabat Immigration Doha dan di dalam kawasan perkarangan pejabatnya ditanam pohon2 kurma yang masih rendah namun dah mula berbuah. Pokok kurma ni sangat mudah ditemui di doha ni, malah menjadi pokok utama untuk landscapenya dimana2 sahaja.

Pokok kurma atau pokok Tamar (dalam bahasa Arab) merupakan sejenis pokok palma ditaman untuk mendapatkan buahnya. Pokok kurma ini mempunyai daun yang tirus dan panjang seakan2 daun kelapa sawit namun ianya lebih keras. Tandannya bewarna kekuningan keras dan liat.

Tandan2 kurma yang telah mengeluarkan buah...berjuntai2


Setandan kurma...
Sempat memetik 2 biji. Sukar juga nak dileraikan dari tangkainya ni...

No comments:

Post a Comment

diambil dari sumbangan SMS Celcom

Kasih sayang diantara suami isteri itu akan menjemput rahmat Allah dan menghapuskan perasaan kianat terhadap keduanya