Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu kerana merasakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2. Bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang lebih lunak, mudah untuk dekat dan akrab dengan-NYA. Oleh Dr. Juanda Jaya
10 biji telur itik atau ayam 1 Kotak santan (size kecil - 200ml) 2 pcs Asam Keping garam atau sos ikan secukup rasa
Bahan2 Ditumbuk Halus 10 biji cili api 3 cm kunyit hidup 3 cawan cair
Cara: 1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama santan. 2. Masak perlahan2 sehingga merenih (menggunakan api kecil). 3. Kemudian Pecahkan telur ke dalam periuk satu persatu - jangan sampai kuning telur pecah. Biarkan sehingga mendideh dengan perlahan. 5. Masukkan asam keping atau belimbing buluh. Kacau perlahan2. SIAP.... and hidangkan dengan nasi putih panas2...
Suatu hari dihujung minggu, husben ajak aku jalan2 ke Al-Khor sambil cuci mata. Untuk pengetahuan pembaca aku tinggal di Dafna Doha. Doha ibu negeri bagi Qatar dan city yang sibuk dengan jumlah kenderaan yang banyak, besar2 serta mempunya banyak bangunan pencakar langit. Doha, aku kategorikan ia sebagai kota moden. Satu lagi keunikan doha, ia mempunya banyak roundabout. huhuhuhu...pusing...pusing dan pusing....
So, pagi itu kami pun menuju ke Al-khor dan dalam perjalanan , kami terjumpa satu kawasan atau lebih tepat perkampungan tinggal. Menarik.
Kami berhenti dan sempat merakankan beberapa slot menarik untuk dikongsikan dengan pembaca sekelian.
Pada aku ia adalah satu pengalaman baru dan very historical. Sunyi.
Jika nak dibandingkan dengan perumahan di doha yang rata2nya adalah villa dan banglo, disini diperkampungan tinggal ini adalah jauh berbeza. Sangat unik.
Unik kan melihat akan binaan silingnya. Batang2 kayu sebagai structure bahagian bawah sekali dan dilapik dengan ayaman buluh yang dibilah2kan dan diatasnya pulak di sumbat dengan tanah liat. Wow.... amazing.
Melihat kepada struktur rumah diperkampungan tinggal ini, jelas kelihatan cuma kedapatan batu2 pejal, tanah liat, simen dan kayu digunakan sebagai kerangka didalam pembinaannya. Dari kefahaman aku, dinding batu yang pejal ini boleh mengelak kemasukan haba ketika summer dan cuaca sejuk melampau ketika winter. Kerana diwaktu summer cuaca boleh mencecah ke 50 deg sementara di musim winter boleh sampai minus. sejuk beb!!!
Melihat dari sudut geografi, bumi Qatar ini cuma terdiri dari gurun padang pasir yang saujana mata memandang. Tak jumpa penghujungnya.....sayupppp...
Lain sangat jika nak dibandingkan dengan Malaysia yang beriklim hutan hujan khatulistiwa.
Satu pengalaman baru yang aku tempuh semalam. Di luar rumah kedengaran seperti derapan air hujan yg menghentam bumbung rumahku. YES... aku confirm hujan turun... hahahaha... Dah lama tak dengar suara hujan. Membuat aku rindu ke kampung halaman ku.
Masjid Lama di perkampungan tinggal ini tiada lagi pengunjungnya. Tiada lagi suara azan berkumbandang dari si bilal. Walaupun begitu bangunannya masih kukuh. Menaranya masih tegak berdiri. Cuma ia SEPI.
Suatu yang agak menarik yang sempat aku rakamkan ialah, lantai luar dari bangunan masjid ini dipenuhi dengan kulit2 siput kecil. Tertanya2 aku kenapa ya!. Tetapi tiada siapa yang dapat memberi sebarang jawapan. Tentu ada asbab ia diletakkan disitu.
Sambil berjalan2 di celah2 perkampungan tinggal ini kami terjumpa tanduk. Sangkaan awal aku ingatkan tanduk oryx. Atas kefahaman yang serba kurang ini, maka kami bersepakat mengatakan ini cuma tanduk kambing
Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Oryx merupakan salah satu dari tiga atau empat spesies antelop besar dalam genus Oryx. Oryx dewasa memiliki tanda hitam dan putih di wajah serta memiliki tanduk yang menegak atau condong ke belakang.
Dua atau tiga spesies ini merupakan haiwan asal Semenanjung Arab. Oryx Arab merupakan spesies terkecil, menjadi pupus secara liar pada 1972 dari Semenanjung Arab. Ia diperkenalkan semula pada 1982 di Oman tetapi pemburuan haram mempunyai kesan negetif. Populasi selanjutnya telah diperkenalkan di Qatar, Bahrain, Israel dan Arab Saudi, dengan jumlah populasi liar sekitar 886 pada tahun 2003. Sekitar 600 lagi ada dalam tahanan.
Oryx menjadi logo/simbol kebanggaan kepada syarikat penerbangan tempatan, Qatar airways.
Itu lah sekadar yang mampu aku kongsi bersama pembaca sekalian.
Semalam terasa nak makan apple pie. Aku yang serba serbi baru dalam dunia rumahtangga, cuba mMenjenggah sana menjenggah sini. Semua yg dibuat masih dalam lingkaran ilmu yang terlalu tipis.
Mana nak cari resepi apple pie ni. Berada jauh di perantauan di bumi Arab. Disini pun ada McD tapi terasa nak mencuba dengan usaha sendiri.
Mengadap komputer dan jari mula mencari sumber resepi di internet dan tu dia ahkirnya aku berjaya mendapatkan resepinya dan jenguk2 resepinya taklah sesukar yg di sangkakan. Kebetulan bahan2 pun ada.
Saja aku nak share di laman bisu ini sebagai kenangan.
Di ambil dari blog Dapur Mai. Terima Kasih diatas sumbangan beliau.
6 - 8 keping pie
Bahan-bahannya
2 cawan tepung serbaguna 1/2 cawan buttercup/mentega (I guna buttercup dan mesti dalam keadaan beku) 1 sudu teh garam 1/2 cawan air sejuk
2 biji epal hijau 1/3 cawan gula 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1 cawan minyak utk menggoreng
Cara-caranya
1. Kupas kulit epal dan potong dadu. Campurkan gula dan serbuk kayu manis. Di atas kuali masak dengan menggunakan api yang kecil. Masak sehingga ia lembut, dan lenyek 1/4 dengan garfu dan yang lebihan biarkan ia berketul.
2. Ayak tepung dan garam. Potong buttercup atau mentega yang masih beku. Gaul buttercup/mentega dengan tepung menggunakan "rub in" method. Gunakan hujung jari dan ramas sehingga adunan bergentel. Masukkan air dan gaul dengan garfu.
3. Canai atas papan. Potong panjang 8 inci lebar 6 inci. Letakkan inti epal di tengah pastry. Gunakan air sejuk di tepi pastry dan lipat kemudian tekan dengan garfu sekeliling pastry agak2 setengah inci.
4. Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana besar. Goreng pie, satu persatu. 2-3 minit untuk satu belah pie sampai masak dan kekuningan. Toskan atas tisu serap minyak. Boleh taburkan gula atasnya sebelum makan.
Tips:
-simpan pastry yang telah diisi inti epal dalam freezer sekejap agak2 15 minit. Keluarkan kemudian terus goreng, Method ini untuk mendapatkan pastry yang ranggup.
-Inti epal mestilah tidak terlalu basah takut kulit pastry lembik.
-Minyak mesti panas betul, sebaik2nya goreng dalam minyak yang banyak.
-Inti pie ni agak sedikit, so tambahkan epal menjadi empat bijik dan gula 3/4 cawan.
Note : Apple boleh juga digantikan dgn pisang (pisang jangan terlalu masak)