08 December 2009

Ku Sangkakan Tanduk Oryx tetapi Rupanya Tanduk Kambing

Sambil berjalan2 di celah2 perkampungan tinggal ini kami terjumpa tanduk. Sangkaan awal aku ingatkan tanduk oryx. Atas kefahaman yang serba kurang ini, maka kami bersepakat mengatakan ini cuma tanduk kambing

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Oryx merupakan salah satu dari tiga atau empat spesies antelop besar dalam genus Oryx. Oryx dewasa memiliki tanda hitam dan putih di wajah serta memiliki tanduk yang menegak atau condong ke belakang.

Dua atau tiga spesies ini merupakan haiwan asal Semenanjung Arab. Oryx Arab merupakan spesies terkecil, menjadi pupus secara liar pada 1972 dari Semenanjung Arab. Ia diperkenalkan semula pada 1982 di Oman tetapi pemburuan haram mempunyai kesan negetif. Populasi selanjutnya telah diperkenalkan di Qatar, Bahrain, Israel dan Arab Saudi, dengan jumlah populasi liar sekitar 886 pada tahun 2003. Sekitar 600 lagi ada dalam tahanan.

Oryx menjadi logo/simbol kebanggaan kepada syarikat penerbangan tempatan, Qatar airways.

Itu lah sekadar yang mampu aku kongsi bersama pembaca sekalian.

Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

diambil dari sumbangan SMS Celcom

Kasih sayang diantara suami isteri itu akan menjemput rahmat Allah dan menghapuskan perasaan kianat terhadap keduanya