Melihat kepada struktur rumah diperkampungan tinggal ini, jelas kelihatan cuma kedapatan batu2 pejal, tanah liat, simen dan kayu digunakan sebagai kerangka didalam pembinaannya. Dari kefahaman aku, dinding batu yang pejal ini boleh mengelak kemasukan haba ketika summer dan cuaca sejuk melampau ketika winter. Kerana diwaktu summer cuaca boleh mencecah ke 50 deg sementara di musim winter boleh sampai minus. sejuk beb!!!
Melihat dari sudut geografi, bumi Qatar ini cuma terdiri dari gurun padang pasir yang saujana mata memandang. Tak jumpa penghujungnya.....sayupppp...
Lain sangat jika nak dibandingkan dengan Malaysia yang beriklim hutan hujan khatulistiwa.
Satu pengalaman baru yang aku tempuh semalam. Di luar rumah kedengaran seperti derapan air hujan yg menghentam bumbung rumahku. YES... aku confirm hujan turun... hahahaha... Dah lama tak dengar suara hujan. Membuat aku rindu ke kampung halaman ku.
Mak!!! aku rindu pada mu.
Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang menciptakan segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuat keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu kerana merasakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2. Bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang DIA mahu kerana DIA tahu hati yang sebeginilah yang lebih lunak, mudah untuk dekat dan akrab dengan-NYA. Oleh Dr. Juanda Jaya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
diambil dari sumbangan SMS Celcom
Kasih sayang diantara suami isteri itu akan menjemput rahmat Allah dan menghapuskan perasaan kianat terhadap keduanya
No comments:
Post a Comment