22 April 2009

Koleksi Kereta2 Antik - Salwa Road Shop Lot

Sebelum ini suri berpeluang melihat dan berkongsi sosiobudaya ringkas orang2 arab tempatan dengan Khemahnya di perkampungan Umm Slal Mohammed.

Untuk tatapan kali ini pula suri dengan izin Allah dapat melihat rekabentuk kenderaan mewah yang antik yang tidak terdapat di negara kelahiran suri....Malaysia.

Gambar2 ini kami rakamkan ketika melalui deretan kedai di Salwa Road.

Cadillac tanpa bumbung... cantik...besar...gagah... kata manager yang berbangsa Filipina tetapi dibesarkan di US dalam loghat USnya berkata bahawa, kereta ini hampir seusia suri .... ahhhh! masih angun, bergaya, gagah... you just name it!!! Marvelous.

Cadillac adalah salah satu jenama kenderaan yang suami suri minat. Dialah yang banyak memberi matlumat serta sudi membawa suri menyusuri melihat sendiri keunikan kereta dari benua omputeh ini. Memang cukup luas ibarat rumah bergerak...

Juga di sisipkan disini beberapa kereta antik lain yang sempat suri rakam untuk tatapan bersama.

Kepada suamiku... terima kasih sayang.

No comments:

diambil dari sumbangan SMS Celcom

Kasih sayang diantara suami isteri itu akan menjemput rahmat Allah dan menghapuskan perasaan kianat terhadap keduanya