29 April 2012

Kehidupan dan kepura-puraan

Assalamualaikum... Sesaat sunyi dari bunyi deruman engin kenderaan dan mesin rumput binggit memamah rumput panjang di tepi jalan. Senyap. Namun jiwa terus bergelora berombak-ombak bagaikan laut cina selatan. Kusut. Semalam aku hadir di satu majlis ilmu. Kursus asas asuhan kanak-kanak @ short form KAAK. Pertemuan selama 2 hari itu terlalu pendek buat aku. Dipertemukan dengan seorang jurulatih yg sudah lama dalam bi dang asuhan kanak2. Pn. Rosnah Ahmad. Terima kasih puan atas ilmu yg dikongsikan itu. Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah buatmu dan keluarga. Kembali otakku menjana mengisar sifat manusia yg pandai berlakon. Disaat ini aku lagi diduga dengan manusia yg bersikap pura2. Aku kecewa kerana kelemahan diri ku yg tidak bertegas bila berhadapan dengan manusia yg pandai bermuka2. Niat dihati ingin membantu sesama manusia yg perlukan bantuan. Seperti yg aku katakan tadi aku gagal dan cair bila si pemilik lidah berkata2 dengan bahasa2 lembut mendayu penuh kesedihan. Aku yg menjerut diriku sendiri dgn ketidaktegasan dan aku kini dalam kesulitan menanti saat dia pergi. Apa pun ia, aku harus terus melangkah walaupun semalam aku telah gagal.

29 January 2012

Panduan Tukar Alamat URL Blog

Assalamualaikum,

Mungkin ada diantara anda yg terasa hendak menukar nama blog anda atas sebab2 tersendiri. Dibawah ini saya sertakan sedikit panduan mengikut kefahaman saya untuk anda mencuba.

Panduan bagaimana menukar alamat URL blog dari yang sedia ada kepada yang baru.Contoh:
URL yang sedia ada :- "pelitaayam.blogspot.com"
nak di tukarkan ke URL baru :- "pelitatanah.blogspot.com"

Log masuk ke dalam papan pemuka (dashboard) Blogger melalui : BLOGGER IN DRAFT
Lihat contoh template dibawah :-



Langkah seterusnya taip masukkan nama baru blog contoh "pelitatanah" dalam ruangan Blog*Spot Address. Tertakluk kepada nama yang ditaip boleh digunakan. Taip masukkan Word Verification dalam ruangan yang disediakan dan klik SAVE SETTINGS. Jika terdapar error tentang nama blog, sila tukar atau pilih nama blog yang lain. Lihat contoh template dibawah.




Selamat Berjaya.

diambil dari sumbangan SMS Celcom

Kasih sayang diantara suami isteri itu akan menjemput rahmat Allah dan menghapuskan perasaan kianat terhadap keduanya